hello dental logo

Pembuangan Gigi Bongsu (Malaysia)

Di Hello Dental, kami pakar dalam memberikan rawatan pembuangan gigi bongsu yang bebas sakit, cekap, dan berpatutan di Malaysia. Pasukan doktor gigi kami yang berpengalaman memahami keperluan unik setiap pesakit, memastikan pengalaman yang tenang dari konsultasi hingga sembuh.

Sebab-sebab Pembuangan Gigi Bongsu

Pembuangan gigi bongsu, juga dikenali sebagai pembedahan molar ketiga, adalah prosedur biasa yang dilakukan atas beberapa sebab:

  • Ruang Tidak Cukup atau Gigi Tersumbat (Impacted): Kebanyakan rahang tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menampung gigi tambahan ini, menyebabkan kesesakan dan susunan gigi yang tidak sekata. Gigi bongsu yang tersumbat boleh menyebabkan sakit, bengkak, dan jangkitan.
  • Jangkitan dan Radang: Kedudukan gigi bongsu di hujung rahang menyukarkan pembersihan. Ini boleh menyebabkan perikoronitis (keradangan gusi di sekitar gigi bongsu), serta risiko jangkitan.
  • Karies / Gigi Berlubang: Gigi bongsu sering menekan gigi sebelah, menyebabkan kerosakan. Sisa makanan juga sering terperangkap di kawasan ini, menjadikan kawasan tersebut mudah mengalami karies dan mungkin memerlukan tampalan atau rawatan akar jika tidak dirawat.
  • Pertimbangan Ortodontik: Gigi bongsu boleh mengganggu rawatan braces atau pelurusan gigi. Pembuangan gigi bongsu boleh memberi ruang dan membantu mengekalkan kestabilan rawatan ortodontik.
  • Pembentukan Sista: Ada kes di mana sista terbentuk di sekitar gigi bongsu yang tersumbat. Jika tidak dirawat, ia boleh merosakkan tulang rahang, saraf dan gigi lain.
  • Kesakitan dan Ketidakselesaan: Gigi bongsu boleh menyebabkan kesakitan, terutamanya jika ia tumbuh dalam posisi yang salah. Mengeluarkannya dapat melegakan ketidakselesaan.
  • Langkah Pencegahan: Sesetengah doktor mencadangkan pembuangan awal walaupun tiada simptom, untuk mengelakkan komplikasi pada masa depan yang mungkin berlaku.
cavity or tooth decay
cyst formation
crowding
infection
wisdom teeth removed or wisdom teeth extracted

Prosedur Pembuangan / Pencabutan Gigi Bongsu

Di Hello Dental Clinic, kami mengikuti protokol berikut untuk memastikan pengalaman anda lancar dan selesa:

  • X-ray (OPG atau CBCT)
    Akan dilakukan untuk menilai kedudukan saraf dan keadaan gigi sebelum prosedur.
  • Persekitaran Selesa
    Kami akan memastikan anda selesa di kerusi rawatan. Bius setempat akan diberikan menggunakan alat suntikan tanpa rasa sakit, mengurangkan ketidakselesaan dengan ketara.

Pembedahan Gigi Bongsu yang Ringkas

  • Doktor akan melakukan pembedahan tanpa flap jika boleh, atau membuat bukaan sekecil mungkin. Gigi akan dikeluarkan dengan berhati-hati, dan mungkin akan dijahit jika perlu.

Pengurusan Sakit dan Ketidakselesaan

  • Ubat tahan sakit dan antibiotik akan diberikan untuk mengawal kesakitan, bengkak, dan risiko jangkitan selepas prosedur. Kebanyakan pesakit hanya rasa sedikit ketidakselesaan selama beberapa hari.

Tempoh Pemulihan Biasa

  • Dengan teknik pembedahan minima, kebanyakan pesakit pulih dalam masa seminggu dan boleh kembali kepada rutin harian.
  • Penjagaan Susulan: Kami akan ikuti perkembangan setiap pesakit untuk memastikan proses pemulihan berjalan lancar dan memberikan ketenangan fikiran.
hello dental logo

Buat Temujanji Bersama Doktor Gigi Hello Dental

Pembuangan gigi bongsu sering perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah kesihatan mulut, melegakan kesakitan, dan menjaga keselarasan gigi dan rahang. Jika anda mempunyai kebimbangan tentang gigi bongsu anda, jumpalah doktor gigi bertauliah untuk penilaian dan rawatan yang sesuai.

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.