hello dental logo

Pemutihan Gigi (KL)

Pemutihan gigi adalah prosedur kosmetik pergigian yang direka untuk mencerahkan gigi dan menyerlahkan senyuman dengan membuang kesan noda dan perubahan warna. Ramai memilih pemutihan untuk estetika atau kerana gigi berubah warna akibat merokok, penuaan, atau pengambilan makanan dan minuman tertentu.

Perkhidmatan Pemutihan Gigi

Rawatan biasanya menggunakan kombinasi gel pemutih dan laser pemutihan untuk meningkatkan keberkesanan.

Gel biasanya mengandungi hidrogen peroksida atau karbamida peroksida, yang menembus dan memecahkan noda di permukaan gigi.

Seterusnya, cahaya khas atau laser digunakan untuk mengaktifkan gel dan mempercepatkan proses pemutihan.

Blanc One Express Whitening

Pilihan cepat & mampu milik selepas scaling & polishing biasa, hanya tambah sesi 10 minit lampu pemutih.

Hasil terus kelihatan, cerahkan 3–5 tona

Sensitifiti rendah kerana peroksida rendah & sentuhan pendek. Kesan pemutihan kurang tahan lama dibandingkan proses tinggi peroksida

tooth whitening improving stained teeth

Pemutihan di Rumah (Home Whitening)

Rawatan yang boleh dilakukan di rumah.

Doktor menyediakan tray khas dan gel peroksida.

Pesakit memakai tray setiap hari dalam beberapa minggu. Hasil secara beransur, bergantung pada kepatuhan pesakit.

in-office teeth whitening system

Pemutihan In-Office (Di Klinik)

Dilakukan di klinik menggunakan agen pemutih kuat, dengan pelindung gum & laser atau cahaya.

Biasanya memerlukan 3–4 sesi, masing-masing 15 minit.

Hasil jelas dan segera

Tahan antara 1–3 tahun bergantung gaya hidup. Risiko sensitifiti & iritasi gusi kerana peroksida kuat.

Walking Bleach (Gigi Akar Salur)

Teknik ini untuk gigi yang berubah warna dari dalam (berasal dari trauma, rawatan saluran akar atau ubat).

Agen pemutih dimasukkan ke rongga saluran akar selepas rawatan dilakukan, untuk memutihkan dari dalam ke luar.

natural teeth whitening results

Selepas Pemutihan Gigi: Apa yang Perlu Dilakukan?

Selepas pemutihan gigi, adalah penting untuk mengambil beberapa langkah untuk mengekalkan senyuman baru kita yang lebih cerah dan meminimumkan risiko pewarnaan. Berikut adalah beberapa petua tentang perkara yang perlu dilakukan selepas pemutihan gigi:

  1. Elakkan makanan/minuman yang berwarna selama 24–48 jam: kopi, teh, anggur, beri, kari.
  2. Kurangan merokok dalam tempoh yang sama.
  3. Amalkan kebersihan mulut: berus 2 kali sehari, flos harian, dan boleh guna ubat gigi pemutih (ikut nasihat doktor).
  4. Gunakan straw bila minum minuman berwarna untuk mengurangkan sentuhan pada gigi.
  5. Berkumur air selepas makan/drink warna untuk kurangkan noda.
  6. Pemeriksaan berkala untuk pastikan kesihatan gigi dan gusi tetap terjaga.
  7. Pertimbangkan sentuhan semula (touch-up) jika kesan mula memudar.

Soalan Lazim (FAQ)

Tidak. Rawatan hanya melibatkan penggunaan peroksida di permukaan gigi untuk memecahkan noda.

Tindakan ini tidak melibatkan pengurangan atau penipisan struktur gigi.

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.